Saya tidak boleh pilih. Saya telah mendapat tawaran yang saya tidak boleh dapat begitu sahaja. Bermain bola untuk pasukan Chelsea atau menjadi seorang juruterbang untuk syarikat SIA. Kedua-dua ini peluang yang saya tidak boleh dapat dengan mudah sahaja.
Beberapa minggu kemudian, saya pun sudah membuat pilihan saya. Saya telah memilih tawaran untuk bermain bola dengan pasukan kegemaran say iaitu Chelsea. Saya hanya ikut apa yang hati saya menyuruh. Saya benar-benar ingin bermain bola untuk pasukan kegemaran saya. Jika saya boleh, saya hendak menjadi seorang juruterbang dan pemain bola. Itu bermakna saya boleh mendapat gaji yang banyak.
Selain daripada mendapat gaji yang banyak, saya akan menjadi seorang yang terkenal. Untuk mendapat semua ini, kami harus bekerja keras untuk mendapat semua ini. Semua orang yang terkenal dan kaya seperti David Beckham dan Tiger Woods, mereka bekerja keras untuk menjadi terkenal dan kaya. Ada yang kaya kerana keluarga mereka mempunyai harta. Tetapi, mereka tidak tahu bersyukur dengan apa mereka ada.
Walaupun ada wang yang banyak, apa gunanya jika tiada ilmu pengetahuan. Jika seseorang itu kaya tetapi biadap, orang tidak akan sukanya kerana sikapnya yang buruk. Jika seseorang itu tidak ada wang yang banyak tetapi ada ilmu pengetahuan dan tidak biadap, dia akan disukai oleh ramai orang.
Pada pendapat saya, membuat keputusan yang bijak ialah dengan memerlukan masa yang pendek atau panjang. Untuk mendapat pilihan yang baik, kita haruslah bekerja keras. Jika kami bekerja dengan keras, kami akan dapat banyak pilihan yang kami minat.
Jika tidak, kami akan menyesal dan tidak tahu pilihan mana yang kami minat. Dengan bekerja keras dan pertolongan Allah S.W.T, kami tentu akan berjaya dalam kehidupan kami. Seseorang itu tentu hendak berjaya dalam kehidupan mereka. Selain daripada bekerja keras untuk berjaya, kita pun harus buat pilihan yang sesuai untuk diri kami sendiri.