Monday, May 17, 2010

Membuat Keputusan Yang Bijak

Saya tidak boleh pilih. Saya telah mendapat tawaran yang saya tidak boleh dapat begitu sahaja. Bermain bola untuk pasukan Chelsea atau menjadi seorang juruterbang untuk syarikat SIA. Kedua-dua ini peluang yang saya tidak boleh dapat dengan mudah sahaja.
Beberapa minggu kemudian, saya pun sudah membuat pilihan saya. Saya telah memilih tawaran untuk bermain bola dengan pasukan kegemaran say iaitu Chelsea. Saya hanya ikut apa yang hati saya menyuruh. Saya benar-benar ingin bermain bola untuk pasukan kegemaran saya. Jika saya boleh, saya hendak menjadi seorang juruterbang dan pemain bola. Itu bermakna saya boleh mendapat gaji yang banyak.
Selain daripada mendapat gaji yang banyak, saya akan menjadi seorang yang terkenal. Untuk mendapat semua ini, kami harus bekerja keras untuk mendapat semua ini. Semua orang yang terkenal dan kaya seperti David Beckham dan Tiger Woods, mereka bekerja keras untuk menjadi terkenal dan kaya. Ada yang kaya kerana keluarga mereka mempunyai harta. Tetapi, mereka tidak tahu bersyukur dengan apa mereka ada.
Walaupun ada wang yang banyak, apa gunanya jika tiada ilmu pengetahuan. Jika seseorang itu kaya tetapi biadap, orang tidak akan sukanya kerana sikapnya yang buruk. Jika seseorang itu tidak ada wang yang banyak tetapi ada ilmu pengetahuan dan tidak biadap, dia akan disukai oleh ramai orang.
Pada pendapat saya, membuat keputusan yang bijak ialah dengan memerlukan masa yang pendek atau panjang. Untuk mendapat pilihan yang baik, kita haruslah bekerja keras. Jika kami bekerja dengan keras, kami akan dapat banyak pilihan yang kami minat.
Jika tidak, kami akan menyesal dan tidak tahu pilihan mana yang kami minat. Dengan bekerja keras dan pertolongan Allah S.W.T, kami tentu akan berjaya dalam kehidupan kami. Seseorang itu tentu hendak berjaya dalam kehidupan mereka. Selain daripada bekerja keras untuk berjaya, kita pun harus buat pilihan yang sesuai untuk diri kami sendiri.

Wednesday, April 14, 2010

Karangan Pilihan Saya

Khabar yang aku dengar itu seperti angin yang berlalu. Berita kehilangannya seperti tidak boleh dipercayai. Aku bertanya Mak Munah berulang-ulang kali.

"Betulkah ini Mak Munah? Macam mana ia berlaku?" Aku bertanya Mak Muah sambil saya menangis.

Mak Munah hanya memberitu aku untuk bertenang. Beberapa minit kemuadian, aku pulang ke rumah dan melihat Ibu menangis kerana dia mendapat tahu Ayah meninggal dunia. Saya pun pergi ke arah Ibu untuk memeluknya dan menyuruhnya untuk bertenang.

Beberapa jam kemudian, Aku dan Ibu pergi ke balai polis untuk memberitahu mereka tentang kematian ayah saya. Mereka memberitahu kami bahawa mereka akan menyiasat kematian Ayah.


Dua hari selepas itu, polis menelefon Ibu dan memberitahunya untuk ke balai polis dengan segera. Beberapa minit kemudian, kami pun tiba di balai polis. Salah seorang dari polis itu pun memberitahu saya bahawa Ayah meninggal dunia kerana dilanggar lari oleh sebuah kereta. Apabila Ibu mendengar itu, air matanya mula turun dari matanya. Saya boleh rasa kesedihan yang amat sedih sekali. Kami pun balik ke rumah untuk berehat.


Keesokkan hari pula, Ayah dikebumikan. Selepas hari itu, Ibu selalu menziarahi kubur Ayah walaupun dia sedang sibuk dengan halnya. Kadang kala, saya melihat Ibu menangis bersendirian kerana rindu sangat dengan Ayah.


Walaupun Ibu sudah kehilangan seorang yang amat dia mencintai, dia akan tabah untuk menjaga saya dengan sepenuh kasi sayang. Kadang-kala, saya berdoa supaya ibu tidak selalu menangis. Saya selalu memberitahunya bahawa masa Ayah sudah tamat dan Tuhan sudah memanggilnya. Itu semua takdir yang Tuhan memberikan kepada Ibu.

Dari hari itu, saya sudah berjanji kepada diri saya sudah berjanji kepada diri saya bahawa saya akan membuat Ibu saya gembira dengan apa yang saya vspsi untuknya.

Beberapa tahun kemudian, Ibu pun sudah meninggalkan saya. Sebelum Ibu meninggalkan saya, saya sempat memberitahunya bahawa saya mendapat tawaran untuk menjadi seorang juruterbang. Dia memberitahu saya dia amat gembira dengan kecapaian saya.

Wednesday, April 7, 2010

Jenis-Jenis Konflik Karangan Saya

Jenis Konflik 1 : Manusia bertentangan dengan Manusia
Masalah- Nazrul seorang yang bising, suka mencari gaduh dan seorang yang bising.
- Nazrul akan menumbuk saya dan rakan-rakan saya apabila diejek.

Kesan- Ramai orang benci dengannya kerana sikapnya yang buruk itu.
- Kami bermula tidak berbual dengannya lagi kerana dia tidak boleh mengambil ejekkan.

Jenis-Jenis Konflik Dalam Karangan Isyafil
Jenis Konflik 1: Manusia Bertentangan Dengan Manusia

Masalah: Dia dan kawan karibnya tidak dekat lagi walaupun berada di sama sekolah. Kawan karibnya pula sudah mengubah perangainya.

Kesan: Apabila mereka bertemu, kawan karibnya akan buat bodoh sahaja. Perangai kawan karibnya seperti samseng dan hampir semua orang takut dengannya.


Jenis-Jenis Konflik Dalam Karangan Haziq

Jenis Konflik 1: Manusia Bertentangan Dengan Manusia

Masalah: Nas memberi sebatang rokok kepada fadzli dan fadzli mengambilnya tanpa bertanya. Apabila Nas hendak keluar rumah fadzli, dua orang polis menangkap kedua-duanya.

Kesan: Ibu-bapa fadzli amat kecewa dengannya. Mereka berdua dihukum masuk penjara selapas kejadian itu. Fadzli amat kecewa dengan dirinya sendiri.

Wednesday, March 31, 2010

Karangan Naratif

Selepas kejadian itu, dia bermula menjadi orang yang suka menolong orang, seorang yang suka bergaul dengan orang dan seorang yang senyap. Dia tidak memberitahu saya kenapa dia mula berubah sikapnya. Dahulu, dia seorang yang suka menjerit, mencari gaduh dan seorang yang bising.


Sekarang, dia selalu hendak menolong orang. Dia mengubah sikapnya selepas cuti sekolah. Saya dan rakan-rakan saya mula perasan bahawa dia sudah berubah. Apabila kami bertanya khabar, dia akan membalas kita dengan suara yang lembut. Dahulu, apabila kami bertanya sesuatu kepadanya, dia akan buat bodoh sahaja. Selain daripada itu, apabila kami mengejeknya, dia akan tumbuk kami. Pada pendapat saya, dia ingin mendapatkan perhatian orang.




Pada suatu hari, saya hendak menyiasat kenapa sikapnya begitu. Saya berfikir bahawa dia ada masalah keluarga. Sebab itu, saya mengikutinya pulang tetapi saya tidak boleh dilihat olehnya.




“ Rumahnya disini? Rumah iniu sungguh besar. Tetapi kenapa sikapnya seperti seorang yang ingin mencari gaduh?” Saya berfikir.


Tiba-tiba, saya dengar suara seperti seorang yang sedang berteriak kerana marah.




“Ayah, boleh tak Ayah jangan datang ke rumah ini lagi? Saya dan Mak sudah muak kerana kelakuan Ayah! Sekarang, Ayah Keluar! Keluar!” Nazrul berteriak.



Rupa-rupanya, Nazrul budak yang dahulu nakal, sedang berteriak kepada ayahnya sendiri. Saya tidak sangka bahawa dia amat marah dengan ayahnya. Kerana itulah sikapnya begitu. Dia amat marah dengan ayahnya. Kerana itu, dia berkurang ajar dengan kami semua.



Sekarang say tahu kenapa dia kelakuan seperti itu. Selepas kebelakangan itu, saya mula berapat dengannya dan selalu nasihatinya untuk berubah sikapnya yang tidak sukai oleh banyak orang. Selain daripada itu, saya memberitahunya bahawa dia berteriak dengan ayahnya.



“ Sebenarnya, Mak dan Ayah sudah bercerai. Ayah masih tinggal dengan kami tetapi apabila saya melihatnya, saya hendak bergaduh dengannya.” Kata Nazrul.



Sekarang saya paham kenapa sikapnya begitu. Selepas cuti sekolah, dia tidak seperti dahulu. Dia dan rakan-rakan yang sama kelas dengannya selalu berbual dengannya. Saya amat bangga dengan diri say kerana saya telah menolong orang yang bermasalah untuk mengubahkan sikapnya yang buruk.


Saya rasa saya sudah mencapai sesuatu yang ramai tidak boleh buat. Sesuatu itu ialah menasihati seseorang yang nakal untuk mengubahkan sikapnya yang dibenci oleh ramai orang.