Khabar yang aku dengar itu seperti angin yang berlalu. Berita kehilangannya seperti tidak boleh dipercayai. Aku bertanya Mak Munah berulang-ulang kali.
"Betulkah ini Mak Munah? Macam mana ia berlaku?" Aku bertanya Mak Muah sambil saya menangis.
Mak Munah hanya memberitu aku untuk bertenang. Beberapa minit kemuadian, aku pulang ke rumah dan melihat Ibu menangis kerana dia mendapat tahu Ayah meninggal dunia. Saya pun pergi ke arah Ibu untuk memeluknya dan menyuruhnya untuk bertenang.
Beberapa jam kemudian, Aku dan Ibu pergi ke balai polis untuk memberitahu mereka tentang kematian ayah saya. Mereka memberitahu kami bahawa mereka akan menyiasat kematian Ayah.
Dua hari selepas itu, polis menelefon Ibu dan memberitahunya untuk ke balai polis dengan segera. Beberapa minit kemudian, kami pun tiba di balai polis. Salah seorang dari polis itu pun memberitahu saya bahawa Ayah meninggal dunia kerana dilanggar lari oleh sebuah kereta. Apabila Ibu mendengar itu, air matanya mula turun dari matanya. Saya boleh rasa kesedihan yang amat sedih sekali. Kami pun balik ke rumah untuk berehat.
Keesokkan hari pula, Ayah dikebumikan. Selepas hari itu, Ibu selalu menziarahi kubur Ayah walaupun dia sedang sibuk dengan halnya. Kadang kala, saya melihat Ibu menangis bersendirian kerana rindu sangat dengan Ayah.
Walaupun Ibu sudah kehilangan seorang yang amat dia mencintai, dia akan tabah untuk menjaga saya dengan sepenuh kasi sayang. Kadang-kala, saya berdoa supaya ibu tidak selalu menangis. Saya selalu memberitahunya bahawa masa Ayah sudah tamat dan Tuhan sudah memanggilnya. Itu semua takdir yang Tuhan memberikan kepada Ibu.
Dari hari itu, saya sudah berjanji kepada diri saya sudah berjanji kepada diri saya bahawa saya akan membuat Ibu saya gembira dengan apa yang saya vspsi untuknya.
Beberapa tahun kemudian, Ibu pun sudah meninggalkan saya. Sebelum Ibu meninggalkan saya, saya sempat memberitahunya bahawa saya mendapat tawaran untuk menjadi seorang juruterbang. Dia memberitahu saya dia amat gembira dengan kecapaian saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment